Kerajaan mahu naik taraf perkhidmatan internet negara

Kerajaan mahu naik taraf perkhidmatan internet negara

Pelbagai langkah sedang diambil oleh kerajaan bagi menaik taraf kelajuan dan kualiti akses internet di negara ini agar setanding dengan negara-negara maju, menurut Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Joseph Salang.

Pelbagai langkah sedang diambil oleh kerajaan bagi menaik taraf kelajuan dan kualiti akses internet di negara ini
agar setanding dengan negara-negara maju.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Joseph Salang berkata bagi meluaskan liputan internet di Malaysia, projek menara T3 di bawah Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) akan menyediakan liputan sehingga 97 peratus di kawasan berpenduduk dan boleh digunakanĀ  untuk menambah liputan 3G (jalur lebar mudah alih).

Menjawab soalan Dr Syed Husin Ali pada persidangfan Dewan Negara hari ini, beliau berkata setakat ini kadar liputan jalur lebar termasuk 3G adalah 80 peratus di kawasan berpenduduk.

“Pada masa ini, kelajuan akses internet dari aspek keperluan aplikasi semasa adalah setanding dengan negara-negara serantau seperti China, India dan Filipina,” katanya.

See also  MRANTI proposes 4IR Tech for smallholder farmers

Salang berkata kelajuan jalur lebar pengguna yang ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan adalah antara 384kbps dan 20Mbps manakala bagi kegunaan perniagaan adalah sehingga 1Gbps.

Katanya antara usaha yang sedang diambil untuk menaik taraf kelajuan dan kualiti internet di negara ini ialah meningkatkan kapasiti dan kualiti teras iaitu rangkaian tulang belakang dan meningkatkan keupayaan rangkaian
antarabangsa termasuk membangunkan infrastruktur baru seperti stesen pendaratan kabel dasar laut.

Kerajaan juga menggalakkan pertukaran trafik internet dalam negara dengan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik internet (MyIX) dan menggalakkan pemberi kandungan utama antarabangsa seperti Yahoo dan Facebook meletakkan pelayan laman web mereka di Malaysia bagi mengurangkan pengaliran trafikĀ  internet keluar negara, kata Salang.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

– Bernama