Enam ditahan kerana cetak baju Bersih

Enam ditahan kerana cetak baju Bersih

Polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar petang semalam.

Polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar petang semalam.

Turut ditemui di situ ialah 150 helai baju T yang bercetak dengan perkataan Bersih.

“Kita rampas semua T-shirt tersebut sebelum ia diedarkan kepada masyarakat. Kita juga turut merampas tiga blok pencetak yang digunakan untuk mencetak T-shirt tersebut,” kata Ketua Polis Kedah Ahmad Ibrahim kepada pemberita
di premis berkenaan.

Beliau berkata rakyat Bangaldesh itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Polis masih mengesan pemilik premis berkenaan.

Ahmad berkata rampasan itu merupakan yang pertama di Kedah yang melibatkan premis mencetak baju T Bersih.

Premis itu merupakan tempat mencetak baju T dan baju korporat.

– Bernama