Bersih 2.0: Pelajar IPT diberi amaran keras

Bersih 2.0: Pelajar IPT diberi amaran keras

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengingatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara supaya tidak menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai nanti.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengingatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara supaya tidak menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai nanti.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata pihak KPT memberi amaran keras kepada penuntut IPT agar tidak menghadiri perhimpunan haram itu kerana ianya bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) dan Akta 174.

“Mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan haram tidak akan terlepas dengan tindakan undang-undang seperti yang disebut dalam AUKU dan Akta 174.

“Dan sekiranya mereka ditangkap oleh pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menghadiri perhimpunan haram, pihak PDRM boleh mengambil tindakan yang sewajarkan kepada mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita hari ini.

See also  Skill up your career with SKiL Consultancy

– Bernama