Pakej baru KTM ke Singapura akan diperkenalkan

Setelah Stesen Kereta Api Tanjong Pagar di Singapura ditutup buat selama-lamanya tengah malam tadi, Keretapi Tanah
Melayu Bhd (KTMB) akan memperkenalkan pakej baru bagi menarik pelancong menggunakan perkhidmatannya ke republik itu.

Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan berkata antara pakej yang akan diadakan ialah seperti pakej melancong ke Universal Studio dan Pulau Sentosa.

Beliau berkata pakej itu bukan hanya bertujuan menarik pelancong Malaysia ke Singapura sahaja tetapi ia turut mampu menarik pelancong dari negara itu untuk membeli pakej-pakej menarik “Rail Tourism” yang mempromosikan Malaysia.

Aminuddin ditemui pemberita selepas tiba di Stesen JB Sentral di sini dengan menaiki tren terakhir dari Stesen Tanjong Pagar pada pada 12.18 tengah malam tadi.

Tren terakhir dengan 17 gerabak itu dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bermula hari ini, perkhidmatan KTMB dari dan ke Singapura beroperasi dari stesen Woodlands di republik itu.

– Bernama

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE