Majlis perbandaran Sibu cadang ambil tindakan terhadap papan tanda iklan

Majlis perbandaran Sibu cadang ambil tindakan terhadap papan tanda iklan

Majlis Perbandaran Sibu bercadang mengambil tindakan terhadap sesetengah pemilik kedai yang menggunakan papan tanda untuk mengiklankan juga perniagaan mereka.

Majlis Perbandaran Sibu bercadang mengambil tindakan terhadap sesetengah pemilik kedai yang menggunakan papan tanda untuk mengiklankan juga perniagaan mereka.

Pengerusi majlis itu Tiong Thai King berkata mereka tidak boleh mengiklankan perniagaannya di papan tanda kerana ia hanya untuk nama kedai sahaja.

Bagaimanapun mereka hendaklah mendapatkan kelulusan daripada majlis untuk mengiklankan perniagaan mereka di kain rentang, katanya pada mesyuarat bulanan majlis itu di sini hari ini.

Sebelum itu, anggota majlis Wong Kiing Yiing dan Robert Lau Hui Yew membangkitkan isu ini dengan mengatakan ia sangat lazim diamalkan di pusat reflesologi dan pub.

– Bernama