“Selesaikan projek rumah terbengkalai kami, KPKT”

“Selesaikan projek rumah terbengkalai kami, KPKT”

Lebih 500 mangsa projek perumahan terbengkalai berhimpun di hadapan ibu pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyatakan protes mereka.

Lebih 500 mangsa projek perumahan terbengkalai berhimpun di hadapan ibu pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyatakan protes mereka.

Bantahan berkenaan adalah berhubung 10 projek projek perumahan yang diusahakan syarikat pemaju Talam Corporation.

Kumpulan berbaju oren yang menggelarkan diri mereka sebagai Victims itu dilihat mula berkumpul kira-kira jam 2.15 petang semalam di hadapan bangunan kementerian itu di Pusat Bandar Damansara.

Anggota kumpulan itu turut membawa sepanduk dengan slogan ‘makin lama rumah disiapkan rakyat makin merana’,  ‘KPKT berapa lama kami mahu menunggu’, dan ‘sampai bila pemaju hendak diutamakan’.

Kira-kira lima orang anggota polis yang dilihat mengawal keadaan kemudiannya bertindak merampas kain rentang yang dibawa kumpulan berkenaan.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Kumpulan yang mewakili Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) itu kemudiannya menyerahkan dua memorandum kepada Ketua komunikasi korporat KPKT Jessylina Mat Lazim yang mewakili menterinya, Datuk Wira Chor Chee Heung.

Jurucakap kumpulan, Mohd Akram Mohd Akbar berkata menteri perlu mengambil tindakan bagi memastikan kepentingan pembeli rumah itu terpelihara.

“Ada antara kami yang telah menandatangani perjanjian jual beli sejak 8 tahun lepas, mampukah kami menunggu,” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, Mohd Akram  yang juga salah seorang mangsa, berkata kerajaan sewajarnya perlu menjamin hak pembeli rumah berkenaan.

Menurutnya, sebab itu kebanyakan mereka datang berhimpun untuk berjumpa dengan menteri pada hari ini.

“Pemaju telah mengambil sebahagian daripada wang kami mengakibatkan banyak keluarga menghadapi kesukaran untuk menyara kehidupan mereka.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Kebanyakan daripada keluarga hanya kais pagi makan pagi, pada siapa saya nak merayu?

Takkan saya nak merayu pada kerajaan Singapura atau Thailand, saya merayu pada kerajaan Malaysia sebab undi saya adalah untuk kerajaan Malaysia,” katanya.