Bank Islam peruntuk RM1 juta bantu warga emas di Kedah

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperuntukkan RM1 juta daripada wang zakat perniagaannya tahun ini khusus bagi membantu golongan warga emas di Kedah.

Menurut kenyataan Bank Islam di sini hari ini, program tersebut adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk melihat warga emas yang  hidup dalam kesusahan meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Sebanyak 12 buah rumah untuk warga emas di daerah Kulim telah siap dibina dan sedia diduduki. Ia akan diserahkan kepada mereka pada 5 Julai ini sempena menyambut ketibaan Ramadan,” menurutnya.

Menurut kenyataan itu, Pengarah Urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat dijangka hadir pada majlis penyerahan rumah dan wang zakat kepada penerimanya serta wang zakat kepada Masjid Sungai Tengas, Kulim.

– Bernama

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE