Keusahawanan belia penting bagi kemajuan ekomoni negara

Keusahawanan belia penting bagi kemajuan ekomoni negara

Keusahawanan dalam kalangan belia sangat penting kerana kejayaannya membawa petanda baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial sesebuah negara, kata Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Keusahawanan dalam kalangan belia sangat penting kerana kejayaannya membawa petanda baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial sesebuah negara, kata Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata belia hari ini melihat langkah untuk menceburi bidang perniagaan sebagai laluan kerjaya yang menarik dan pekerjaan dalam sektor awam atau persekitaran biasa dari 9 pagi hingga 5 petang pula bukan lagi pilihan yang
digemari.

“…dan dengan era maklumat dan teknologi, ia membawa kepada kemungkinan model perniagaan baru,” katanya ketika merasmikan Dialog Belia Antarabangsa Melaka ke-11 yang dianjurkan oleh Perhimpunan Belia Sedunia (WAY).

Turut hadir ialah Presiden WAY Idris Haron dan Presiden World Youth Bank Network (Swiss) Tomislav Bogdanic.

See also  IJM Land unveils Sutera, a tranquil oasis at Seremban 2

Kira-kira 100 wakil dari negara anggota WAY menghadiri dialog tiga hari itu, yang bertemakan ‘Membentuk Generasi Usahawan Masa Depan.’

WAY, yang diwujudkan pada 1949, mempunyai 120 anggota dari semua benua, dan berusaha keras dalam mempromosi pelbagai aspek termasuk pekerjaan bagi belia, alam sekitar, hak asasi manusia, demokrasi dan kesihatan.

Ahmad Shabery berkata adalah penting untuk menerima tenaga kerja daripada generasi muda memandangkan mereka merupakan sumber inovasi yang akan membawa kepada produktiviti dan pertumbuhan.

Beliau berkata WAY, yang menempatkan ibu pejabatnya di Melaka sejak 1999, seharusnya mempelawa semua negara Asean menjadi anggotanya memandangkan pada masa ini hanya empat negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand yang menyertai badan berkenaan.

See also  IJM unveils The Promenade for Bandar Rimbayu

“Semakin besar keanggotaan WAY semakin baik kerana kita harus melihat aset belia hari ini sebagai satu ‘pasaran yang besar’ dan  bagi pergerakan belia yang lebih bermuafakat serta bersepadu di rantau ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau berkata kementeriannya sedang menimbang kemungkinan mewujudkan World Youth Bank Network di negara ini.

Bank berkenaan diwujudkan pada 2002 dan mempunyai ibu pejabat di Switzerland.

– Bernama