IPT tempatan perlu identiti sendiri

IPT tempatan perlu identiti sendiri

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah berkata institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mempunyai
identiti sendiri dalam bidang ilmu yang ditawarkan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, berkata institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mempunyai
identiti sendiri dalam bidang ilmu yang ditawarkan.

Beliau berkata ini penting bagi mengelak berlaku penjajahan ilmu oleh negara barat khusus bagi IPT yang mempunyai kolaborasi dengan IPT dari negara barat.

“Mempunyai ilmu yang ada identiti sendiri penting bagi memastikan bidang ilmu yang disediakan bersesuaian dengan keperluan budaya setempat dan bukannya semata-mata meniru ilmu yang di bawa dari barat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai penjajahan universiti, hari ini.

Persidangan dua hari tersebut yang berakhir esok dianjurkan bersama oleh Universiti Sains Malaysia, Citizen International dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi yang membentangkan 27 kertas kerja.

See also  World-class cybersecurity centre opens in Kuala Lumpur

“Hal ini tidak bermakna kita (Malaysia) tidak mahu mengadakan kerjasama dengan universiti di barat tetapi kita juga perlu ada identiti sendiri yang melambangkan keindahan budaya masyarakat setempat,” kata Saifuddin.

– Bernama