Timbalan Menteri: Karya P.Ramlee wajar dihayati golong muda

Timbalan Menteri: Karya P.Ramlee wajar dihayati golong muda

Perjuangan Allahyarham P.Ramlee dalam kerjaya seni negara wajar diteladani dan dijadikan inspirasi oleh golongan generasi muda, kata Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Joseph Salang.

Beliau berkata ini kerana keupayaan seniman agung itu banyak menyumbang bukan sahaja kepada industri muzik dan filem tanah air, malah pembentukan sosial budaya masyarakat.

“Hasil perjuangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam kerjaya seni tiada  tolok bandingannya sama ada yang tersurat ataupun tersirat. Justeru hasil kerjaya P.Ramlee wajar diingati berterusan untuk didedahkan kehebatannya kepada
generasi muda masa kini,” katanya semasa menutup Karnival P.Ramlee 1Malaysia, malam tadi.

Joseph berkata karnival itu adalah bukti bahawa P.Ramlee yang merupakan lagenda negara sentiasa hidup di hati generasi muda walaupun setelah 38 tahun pemergiannya.

Karnival selama tiga hari yang berakhir semalam dianjurkan Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanahair (Papita) dengan sokongan kementerian dengan melibatkan 100 orang termasuk artis Papita, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia.

Ia merupakan aktiviti jelajah mesra rakyat yang julung kali dianjurkan di negara ini dan sebahagian daripada aktiviti sambutan Hari Seniman kebangsaan tahun ini yang bertujuan meraikan dan merapatkan hubungan antara seniman dengan masyarakat.

– Bernama