Piala Dunia 2014: Tiket Malaysia lawan Taiwan dijual Rabu ini

Piala Dunia 2014: Tiket Malaysia lawan Taiwan dijual Rabu ini

Tiket untuk perlawanan pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Taiwan akan dijual mulai pukul 3 petang pada hari perlawanan Rabu ini (29 Jun).

Tiket untuk perlawanan pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Taiwan akan dijual mulai pukul 3 petang pada hari perlawanan Rabu ini (29 Jun).

Perlawanan bermula pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM30 untuk tempat duduk di grand stand, RM20 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Beliau berkata penonton boleh membeli tiket perlawanan di pintu kuning stadium berkenaan.

Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.

See also  Sivasangari awarded special prize money for London Classic win

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.

– Bernama