Persembahan kebudayaan warnai Fort Cornwalis

Persembahan kebudayaan warnai Fort Cornwalis

Komunitikini juga tertarik dengan satu tarian yang diberi nama “Tarian Kuda Berkaki Palsu” oleh Kotallam Dance Group yang mempunyai ciri ciri yang hampir serupa dengan “Tarian Kuda Kepang” yang terkenal di kalangan masyarakat Jawa di Johor Darul Takzim.

 

26 Jun 2011 menyaksikan Fort Cornwallis menjadi tempat masyarakat di Pulau Pinang meluangkan masa bersama keluarga menikmati persembahan kebudayaan yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Timur Laut.

Berbagai  acara telah disajikan kepada penonton yang hadir pada malam itu yang bermula pada pukul 7 petang sehingga 11 malam.

Kumpulan Sri Mutiara

Antara persembahan yang dipersembahkan pada malam itu ialah tarian tradisional Melayu seperti tarian Nirmala yang telah dipersembahankan oleh Kumpulan Sri Mutiara.

Tarian kebudayaan masyarakat India juga telah dipersembahkan oleh Kotallam Dance Group dengan persembahan menarik mereka seperti  “Peacock Dance”.

Komunitikini juga tertarik dengan satu tarian yang diberi nama “Tarian Kuda Berkaki Palsu” oleh Kotallam Dance Group yang mempunyai ciri ciri yang hampir serupa dengan “Tarian Kuda Kepang” yang terkenal di kalangan masyarakat Jawa di Johor Darul Takzim.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Tidak cukup dengan hanya persembahan tradisional,penonton juga disajikan dengan persembahan seni bela diri seperti “Silat Cekak Hanafi” dan juga seni mempertahankan diri masyarakat Cina yang dipersembahkan oleh Persatuan Tang Hup Mun Do Kwan.

Penonton disajikan dengan aksi aksi berbahaya menggunakan senjata oleh pakar pakar mempertahankan diri tersebut  yang ternyata terdiri daripada golongan belia.

Majlis telah dirasmikan oleh Dennis Law Heng Kiang, Exco Pelancongan Dan Budaya Negeri Pulau Pinang. Beliau telah berada di majlis itu sehingga ke penghujung acara dan telah merakamkan gambar kenangan bersama para peserta.

 

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.