Sistem pentadbiran dalam sesebuah kerajaan Islam perlu adil

Sistem pentadbiran dalam sesebuah kerajaan Islam perlu adil

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pentadbiran sesebuah kerajaan Islam perlu adil, berjaya dan membawa kemakmuran kepada orang Islam dan bukan Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pentadbiran sesebuah kerajaan Islam perlu adil, berjaya dan membawa kemakmuran kepada orang Islam dan bukan Islam.

Tun Mahathir yang juga Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan berkata ia perlu menepati ajaran Islam sebenarnya supaya menjadi sebuah pentadbiran yang terbaik.

“Ajaran Islam menyuruh kita bersaudara tetapi kita tidak bersaudara sebaliknya berpecah belah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah kompleks Perkim negeri Selangor di Seksyen 8 Shah Alam, pagi tadi.

Mengulas lanjut pertubuhan Perkim, menurutnya, pertubuhan itu bukannya mengetengahkan ajaran Islam semata-mata.

“Sebaliknya pertubuhan itu memberi gambaran baik kepada seluruh dunia mencerminkan ajaran agama Islam sebenarnya,” katanya.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Ditanya pandangan pendakwah di negara ini, Tun Mahathir berkata pertubuhan itu akan cuba untuk memberi orientasi kepada mereka supaya lebih berkesan.

Untuk menjadi seorang pendakwah, menurutnya, individu itu mestilah seorang yang berjaya bukan sahaja dalam bidang agama tetapi dalam bidang akademik yang lain.

“Kalau pendakwah seorang yang daif dan pakaian baju koyak dan menyuruh orang memeluk agama Islam. Ia sudah semestinya memberikan pandangan negatif kepada masyarakat,” katanya.