Penduduk kampung bimbang lori pasir dipandu laju

Penduduk kampung bimbang lori pasir dipandu laju

Hampir 2,000 penduduk di beberapa kampung sepanjang Jalan Serdang-Selama bimbang dengan keselamatan mereka dan keluarga ekoran tindakan pemandu-pemandu lori membawa pasir dan tanah merah yang memandu laju dan secara tidak berhemah.

Hampir 2,000 penduduk di beberapa kampung sepanjang Jalan Serdang-Selama bimbang dengan keselamatan mereka dan keluarga ekoran tindakan pemandu-pemandu lori membawa pasir dan tanah merah yang memandu laju dan secara tidak berhemah.

Antara kampung dan ladang kelapa sawit terlibat di laluan 12 kilometer tersebut adalah Kampung Kuala Selama, Kampung Banggul Rashid, Kampung Sungai Hitam Dalam, Kampung Sungai Hitam Luar, Kampung Terap Dalam, Kampung Batu 22 Terap dan Kampung Keda Sungai Salleh serta Ladang Selama dan Ladang Batu Lintang.

Penduduk kampung terlibat mendakwa dalam tempoh dua hingga tiga bulan lalu sekurang-kurangnya tiga kematian melibatkan kemalangan lori pasir dengan orang awam dan pelajar sekolah berlaku di sepanjang aliran jalan tersebut.

“Tragedi terakhir adalah yang  melibatkan seorang bapa dan anak perempuannya berumur 14 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, di Kampung Batu 22 Terap pada 16 Jun lalu,” kata wakil Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu Helmi Abdul Khan ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

See also  Dangerous junction in Air Itam raises concerns

Katanya mangsa adalah seorang pekerja kampung yang menjadi pencari pendapatan utama kepada keluargannya dan akibat kemalangan tersebut keluarga berkenaan hilang tempat bergantung.

Helmi berkata pihak berkenaan khususnya polis perlu menjadualkan laluan yang digunakan berpuluh-puluh lori pasir dan tanah merah itu supaya tidak menggunakan jalan tersebut waktu pelajar ke sekolah di sebelah pagi antara pukul 6.30 pagi hingga 7.30 pagi.

“Begitu juga pada pukul 1 tengah hari hingga 3 petang ketika  pelajar-pelajar pulang dari sekolah. Kaedah ini akan dapat mengurangkan kemalangan maut juga kemalangan biasa di aliran tersebut,” katanya.

Beliau berkata terdapat lima sekolah iaitu dua sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serdang dan SMK Selama dan tiga buah sekolah kebangsaan iaitu Sekolah (SK) Jalan Selama, Serdang, SK Selama dan SK Sungai
Salleh di laluan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Hitam Luar, Hashim Hamzah, 46, pula berkata penduduk di situ tidak berniat untuk menyekat rezeki para pemandu lori berkenaan tetapi mereka perlulah memandu secara berhemah dan mementingkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

See also  Dangerous junction in Air Itam raises concerns

Katanya terdapat tiga lokasi kuari pasir yang telah diluluskan kerajaan Kedah dan sedang beroperasi sekitar kawasan berkenaan iaitu Kampung Kuala Dingin, Kampung Selama, Kedah (tebing Sungai Kerian) dan Ladang Selama (Kuala
Sungai Terap) “Tidak hairanlah berpuluh-puluh lori yang membawa muatan pasir melalui jalan utama Serdang-Selama ini sejak lebih enam bulan lalu dari awal pagi sehinggalah petang setiap hari,” kata Hashim kesal dengan sikap pemandu–pemandu lori yang sering memecut laju itu.

Katanya seminggu selepas kemalangan melibatkan dua beranak itu, aktiviti pemandu-pemandu lori di sekitar kawasan itu agak perlahan kerana terdapat operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi sekarang mereka bertindak
seperti biasa dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

– Bernama