Masidi harap isu SMK Nabula selesai tahun ini

Masidi harap isu SMK Nabula selesai tahun ini

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Masidi Manjun berharap isu pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Nabalu, dapat diselesaikan tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Masidi Manjun berharap isu pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Nabalu, dapat diselesaikan tahun ini.

Ketika diminta mengulas projek pembinaan sekolah itu yang belum dimulakan sejak dua tahun lepas, beliau berkata Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa projek itu tertangguh ekoran pertukaran tender.

“Saya dimaklumkan ada sedikit masalah teknikal mengenai isu ini kerana apabila sekolah itu ditender, dikatakan ia melebihi daripada bajet yang diluluskan dan terpaksa ditender semula,” katanya.

Minggu lepas,  Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) meminta Kementerian Pelajaran supaya mengotakan janjinya untuk membina sekolah yang berharga RM45 juta itu tahun ini.

“Akhir tahun lepas apabila ke Kuala Lumpur, saya dimaklumkan pertukaran tender baru itu kini telah diselesaikan, dan dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ke Sabah baru-baru ini, kita juga telah maklumkan perkara itu kepada beliau, dan isu itu akan diberi perhatian,” kata Masidi.

See also  World-class cybersecurity centre opens in Kuala Lumpur

– Bernama