Sultan Pahang mahu belia berakhlak baik

Sultan Pahang mahu belia berakhlak baik

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu tumpuan pembangunan belia bukan sahaja kepada akal budi malah dapat diterjemahkan dengan akhlak yang baik bagi melahirkan pemimpin berkaliber.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu tumpuan pembangunan belia bukan sahaja kepada akal budi malah dapat diterjemahkan dengan akhlak yang baik bagi melahirkan pemimpin berkaliber.

Baginda bertitah golongan belia merupakan pemangkin transformasi kepada kerajaan dan menyeru kepimpinan belia yang ada membangunkan potensi secara holistik dan seimbang.

“Dalam arus globalisasi moden masa kini, belia harus seimbangkan teknologi tinggi dengan sentuhan keinsanan supaya kemajuan yang bakal dibina memiliki etika dan adab yang tinggi.

“Justeru itu saya merasakan adalah amat penting untuk belia mengetahui bahawa diri mereka merupakan tapak penting sesebuah negeri dan akan menjadi tonggak harapan,” titah baginda dalam ucapan pada majlis menjunjung kasih
pemimpin belia Pahang, malam tadi.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Baginda turut berkenan merasmikan pelancaran Portal Belia Pahang sebagai medium komunikasi.

– Bernama