Raja Perlis mahu rakyat sedia hapadi cabaran inflasi

Raja Perlis mahu rakyat sedia hapadi cabaran inflasi

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan rakyat agar bersedia menghadapi cabaran inflasi dengan meningkatkan produktiviti serta berbelanja secara berhemah.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan rakyat agar bersedia menghadapi cabaran inflasi dengan meningkatkan produktiviti serta berbelanja secara berhemah.

Titah baginda ini berikutan laporan menyebut negara-negara maju sedang berhadapan dengan tekanan inflasi termasuk kenaikan harga makanan.

Bertitah pada majlis Malam menjunjung kasih Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 2011 sempena sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis yang ke-68 di sini malam tadi, baginda berharap kesan inflasi itu dapat ditangani secara bijaksana oleh kerajaan dan rakyat.

Baginda turut menitahkan para penjawat awam sentiasa mengamalkan prinsip kerja mesra pelangan dan mesra rakyat dengan memberi perkhidmatan terbaik dan
telus.

“Jangan tunjuk kuasa walau apapun jawatan dipegang tapi tunjukkan perkhidmatan yang baik untuk pelanggan,” titah baginda.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Majlis itu diserikan dengan persembahan bertemakan “retro” oleh 12 jabatan dan agensi kerajaan.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Azizan Hamid.

– Bernama