Medan tempat letak kereta jadi sarang pembiakan nyamuk

Medan tempat letak kereta jadi sarang pembiakan nyamuk

Sistem saluran paip tidak diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan medan tempat letak kereta di Kota Kemuning ditakungi air di aras bawah kawasan tersebut.

Sistem saluran paip tidak diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan medan tempat letak kereta di Kota Kemuning ditakungi air di aras bawah kawasan tersebut.

Salah seorang wakil penduduk, Philips Chong mendakwa masalah itu sudah berlaku sejak sebulan lalu.

Menurutnya keadaan itu sekaligus menyebabkan bau busuk dan mengundang pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes.

“Apa yang menjadi persoalan, masalah ini sudah berlaku dua kali, kali pertama pada tahun lepas.

“Penduduk telah letih membuat aduan namun begitu tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini, Kita tidak mahu ada nyawa melayang akibat demam denggi barulah tindakan segera diambil pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan lain,” katanya ditemui komunitikini.

See also  Sensodyne unveils triple threat toothpaste in Malaysia

Salah seorang pengusaha restoran, Subash Kumar mendakwa mengalami kerugian dan aktiviti perniagaannya merosot sejak sebulan lalu gara-gara bau busuk dan nyamuk.

Menurutnya, beliau telah mengemukakan aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) namun begitu tiada tindakan susulan diambil.

“Saya bimbang jika tiada tindakan diambil, kita (peniaga) terpaksa gulung tikar,” katanya telah meniaga sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, tinjauan Komunitikini hari ini di kawasan tersebut mendapati bau busuk boleh dihidu jarak kira-kira 500 meter.

Selain itu, kawasan takungan itu terdapat pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes.

Sehubungan itu, Komunitikini akan cuba mendapatkan penjelasan dengan  pegawai MBSA dalam masa terdekat.