Sabah pertimbang penganjuran festival hantu

Sabah pertimbang penganjuran festival hantu

Sabah sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan pesta kebudayaan yang akan mengetengahkan makhluk mitos, terutamanya hantu, berdasarkan kepercayaan 32 kumpulan etnik di Sabah.

Sabah sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan pesta kebudayaan yang akan mengetengahkan makhluk mitos, terutamanya hantu, berdasarkan kepercayaan 32 kumpulan etnik di Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Bolkiah Ismail berkata festival itu merupakan usaha yang baik ke arah memahami cara hidup komuniti etnik.

“Kita tidak dapat lari daripada mitos dan cerita rakyat dalam komuniti kita yang membawa kesan kepada cara hidup kita.

“Festival seperti ini boleh memperjelaskan banyak salah tanggapan, terutamanya tentang makhluk mitos seperti hantu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran maskot Festival Cerita Rakyat Antarabangsa Sabah 2011,
yang diadakan buat kali keenam di sini hari ini.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Maskot itu yang dikenali sebagai Bal-Bal, adalah sejenis burung yang menggambarkan seseorang yang mengamalkan ilmu hitam, dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Mengenai festival cerita rakyat yang dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Sabah, Bolkiah berkata ia akan diadakan dari 17-26 Julai di Pusat Kebudayaan Sabah, di Penampang, dekat sini.

Beliau berkata 18 kumpulan kebudayaan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka, iaitu satu peningkatan berbanding lima kumpulan tahun lepas.

Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah Datu Rosmadi Sulai berkata Bal-Bal sebenarnya adalah satu bentuk ilmu hitam yang diamalkan oleh komuniti Iranun pada masa dahulu.

Beliau berkata masyarakat sering terkeliru antara Bal-Bal dan sejenis hantu terbang yang lebih dikenali di Sabah sebagai Balan-Balan atau Hantu Penanggal di Semenanjung.

See also  IKAT 2.0: Immersive batik experience arrives in Penang

Ini kerana seseorang yang mengamalkan Bal-Bal, kebiasaannya untuk terlibat dalam pertempuran, memiliki keupayaan untuk terbang dan menghilangkan diri serta kebal, selain mempunyai nama yang hampir serupa dengan makhluk mitos itu, jelas beliau.

– Bernama