Gangguan bekalan air bermula hari ini

Gangguan bekalan air bermula hari ini

Seramai sejuta penduduk di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor yang bakal mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini sehingga Jumaat berikutan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor Syabas.

Seramai sejuta penduduk di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor yang bakal mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini sehingga Jumaat berikutan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor Syabas.

Pihak Syabas berkata bahawa hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) ialah faktor utama kepada gangguan air kali ini.

Menurut pegarah jabatan koporat Syabas Abdul Halem Mat Som, ia melibatkan Penggantian Injap Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.

Orang ramai disaran untuk menyimpan air yang mencukupi dan mengikut akaun Twitter Syabas untuk mengetahui perkembangan baru gangguan dan kepulihan bekalan air.

Berikut merupakan tarikh dan kawasan-kawasan yang terlibat.

 

1.         TARIKH/MASA GANGGUAN

8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur

Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

 

Wilayah Hulu Selangor

Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.

Wilayah Gombak

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.

 

Wilayah Petaling

Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).

Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi 1-800-88-5252 atau  SMS PUSPEL dan hantar ke 39222 atau melawati laman web Syabas:  www.syabas.com.my