RM150juta untuk memajukan Kuala Terengganu

RM150juta untuk memajukan Kuala Terengganu

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sedang merancang beberapa projek besar bagi kesejahteraan warganya dan telah memohon peruntukan daripada kerajaan pusat berjumlah kira-kira RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sedang merancang beberapa projek besar bagi kesejahteraan warganya di
bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Datuk Bandar MBKT Adzlan Mohd Dagang berkata, antara projek itu adalah membina KT Central iaitu sebuah stesen bas baru yang serba lengkap di kawasan Bukit Besar, membina sistem perparitan di kawasan Kuala Nerus dan naik
taraf beberapa batang jalan.

“Kita memperuntukkan kira-kira RM80 juta untuk mewujudkan lingkaran jalan di dalam bandar raya ini. Kita bercadang mewujudkan jalan lingkaran berhampiran stesen bas untuk menggelakkan kesesakan lalu lintas

“Manakala pembinaan sistem perparitan di kawasan Kuala Nerus bagi menghindar banjir yang sering berlaku,” kataya ketika berucap pada majlis MBKT bersama media di sini malam tadi.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Adzlan berkata kerajaan negeri telah memohon peruntukan daripada kerajaan pusat berjumlah kira-kira RM150 juta bagi projek di bawah RMK-10 itu.

Sementara itu beliau berkata pihaknya akan meningkatkan pendapatan MBKT dari RM50 juta kepada RM80 juta setahun melalui usaha-usaha yang sedang dijalankan agar tidak lagi bergantung sumbangan daripada kerajaan.

– Bernama