Lelaki ceroboh kilang besi, ditembak mati

Lelaki ceroboh kilang besi, ditembak mati

Seorang lelaki yang dipercayai cuba menceroboh sebuah kilang besi di Lahat, mati selepas ditembak seorang pengawal keselamatan kilang berkenaan awal pagi ini.

Seorang lelaki yang dipercayai cuba menceroboh sebuah kilang besi di Lahat, mati selepas ditembak seorang pengawal
keselamatan kilang berkenaan awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, lelaki tersebut, They Thar Singh, 41 yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku pada pukul 3.15 pagiĀ  apabila pengawal keselamatan berusia 50-an itu melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dan telah melepaskan satu das tembakan ke udara apabila suspek tidak berhenti ketika dipanggil, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Suspek kemudian bertindak melarikan diri dan pengawal keselamatan itu bersama tiga rakannya kemudian mengejar lalu melepaskan satu das tembakan dan mengenai badan suspek, katanya.

Beliau berkata mayat suspek dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan siasatan polis mendapati suspek mempunyai dua kes jenayah lampau.

Katanya polis turut menahan pengawal keselamatan itu dan merampas senapang yang digunakan dalam kejadian itu untuk siasatan.

– Bernama