Nelayan di Terengganu diberi permit menjalankan aktiviti pelancongan

Nelayan di Terengganu diberi permit menjalankan aktiviti pelancongan

Jabatan Laut Wilayah Timur mengeluarkan permit kepada 62 bot nelayan di Terengganu untuk menjalankan
aktiviti pelancongan perikanan sepanjang tahun ini.

Jabatan Laut Wilayah Timur mengeluarkan permit kepada 62 bot nelayan di Terengganu untuk menjalankan
aktiviti pelancongan perikanan sepanjang tahun ini.

Pengarahnya Rossid Musa berkata, permit itu membolehkan nelayan berkenaan membawa pelancong untuk mengalami sendiri aktiviti memancing ikan atau mencandat sotong di perairan negeri ini.

Rossid berkata, ketika aktiviti itu, nelayan berkenaan, kecuali pelancong, tidak dibenar menangkap ikan, membawa pukat dan sebagainya.

Beliau memberi ingatan bahawa nelayan yang menjalakan aktiviti berkenaan tanpa permit boleh dikenakan denda di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar sehingga RM1,000.

– Bernama

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations