Perkhidmatan Doktor Udara lancar perkhidmatan pergigian

Perkhidmatan Doktor Udara lancar perkhidmatan pergigian

Jabatan Kesihatan Sabah hari ini melancarkan skop baru dalam Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) iaitu perkhidmatan pergigian.

Jabatan Kesihatan Sabah hari ini melancarkan skop baru dalam Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) iaitu perkhidmatan
pergigian.

Pengarahnya Dr Mohd Yusof Ibrahim berkata perkhidmatan pergigian akan dijalankan mengikut jadual berkala dan dimulakan dengan 14 buah kampung di kawasan Pantai Barat negeri ini sebelum diperluaskan ke kawasan lain.

“Terdapat keperluan mendesak bagi menyediakan perkhidmatan perubatan pergigian di pedalaman, terutama dalam menyedarkan rakyat mengenai penyakit-penyakit berkaitan gigi seperti kanser gigi,” katanya kepada pemberita
selepas melancarkan perkhidmatan itu di sini.

FDS beroperasi sejak 1978 bagi memberikan perkhidmatan perubatan di kawasan terpencil di negeri ini.

Katanya, perkhidmatan pergigian yang akan diberikan ialah seperti khidmat cabut gigi, menampal dan kaunseling mengenai pencegahan penyakit gigi.

See also  CAP calls for shorter hours for eateries to combat obesity

Beliau juga berkata jabatan itu dalam proses untuk memperoleh empat lagi helikopter tahun depan bagi memudahkan Perkhidmatan Doktor Udara dijalankan.

Katanya helikopter baru itu dijangka lebih besar untuk muatan lebih banyak dan lebih selamat untuk penerbangan ke kawasan terpencil.

“Jabatan Kesihatan kini mempunyai empat helikopter untuk mengendalikan (memberikan perkhidmatan) di 75 kampung di Sabah. Kami mempunyai dua pusat iaitu  di Kota Kinabalu dan Sandakan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Yusof berkata Jabatan Kesihatan Negeri akan mewujudkan satu klinik satu sekolah dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11.

Katanya sebanyak 800 sekolah di pedalaman telah dikenal pasti untuk tujuan  itu.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

– Bernama