Bantuan korporat dalam bidang pendidikan mampu membina negara

Bantuan korporat dalam bidang pendidikan mampu membina negara

Bantuan dari syarikat korporat kepada bidang pendidikan adalah penting dalam membina negara, kata Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Bantuan dari syarikat korporat kepada  bidang pendidikan adalah penting dalam membina negara, kata Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Beliau berkata usaha tersebut boleh membina bakat rakyat Malaysia ke arah menarik pelaburan seterusnya dan menjadi asas kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

“Saya berharap lebih banyak syarikat multinasional di negara ini menjadi rakan kepada usaha pembinaan negara.

“Saya percaya banyak syarikat yang berpandangan jauh akan membantu menambah bilangan sumber manusia yang berkemahiran tinggi yang penting dalam menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP),” katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Shell, hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Dr Yee Moh Chai.

Musa berkata ETP memerlukan lebih 3.3 juta pekerja mahir dalam pelbagai sektor ekonomi.

See also  Taylor's Uni shines in QS World University Rankings

Beliau juga berkata negara perlu melahirkan kebolehan domestik menerusi universiti dan institusi latihan.

“Kita perlu mewujudkan pendekatan bersepadu bagi melahirkan tahap latihan dan pendidikan yang diperlukan oleh Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) bagi institusi pendidikan tinggi untuk mengadakan kursus yang relevan kepada
industri,” katanya.

– Bernama