Karnival polis untuk meningkat kesedaran banteras jenayah

Karnival polis untuk meningkat kesedaran banteras jenayah

Karnival Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali diadakan selama sebulan di Pulau Pinang mulai hari ini, bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai kepentingan mencegah jenayah dan menjaga keselamatan.

Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob berkata kerjasama erat antara  masyarakat setempat dan PDRM merupakan pemangkin utama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa terjamin.

“Karnival ini juga bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat dan polis, usaha mencegah dan membendung gejala tidak sihat dan jenayah, ini merupakan usaha yang berterusan antara kedua-dua pihak, iaitu masyarakat dan
PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian karnival yang dianjurkan dengan kerjasama Rapid Penang, Celcom dan Telekom Malaysia, bertemakan ‘Jom Cegah Jenayah’ serta sesi memperkenalkan duta program itu, iaitu pelakon dan pelawak Imuda.

Teks ucapan Ayub dibacakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC  Zahruddin Abdullah.

Ayub berkata karnival itu turut mempamerkan muzium polis bagi mengimbau sejarah kepolisan di Malaysia dan pengunjung berpeluang memenangi hadiah misteri.

– Bernama