Dua adik beradik mati tergelek treler di Taiping

Dua adik beradik mati tergelek treler di Taiping

Dua kanak-kanak adik beradik mati tergelek sebuah lori treler manakala datuk mereka cedera dalam kemalangan di Kuala Trong dekat Taiping semalam.

Dua kanak-kanak adik beradik mati tergelek sebuah lori treler manakala datuk mereka cedera dalam kemalangan di Kuala Trong dekat Taiping semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak berkata Norshafikah Abdul Rahim, 15, dan adiknya Mohd Azizi Abdul Rahim, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada 6.15 petang.

Nahas berlaku semasa Mahmud Din, 75, bersama Mohd Azizi, sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas mengambil Norshafikah dari sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya motosikal itu tergesel treler berkenaan yang datang dari arah yang sama semasa berada di sebuah persimpangan menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak dan kedua-dua beradik itu digelek oleh treler itu.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Mahmud dimasukkan ke Hospital Taiping dan keadaannya dilaporkan stabil. Pemandu treler berusia 40-an itu ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis, kata Wan abdullah.

Dalam kejadian lain, penunggang motosikal, Sharinal Amin Khuzairi, 25, terbunuh selepas terbabas di Jalan Simpang Empat-Hutan Melintang pada 8 malam tadi.

– Bernama