Nelayan laut dalam diminta tingkat hasil tangkapan

Nelayan laut dalam diminta tingkat hasil tangkapan

Nelayan laut dalam boleh mengimbangi kesan rasionalisasi subsidi untuk mereka yang berkuatkuasa 1 Jun lepas dengan meningkatkan jumlah tangkapan ikan.

Nelayan laut dalam boleh mengimbangi kesan rasionalisasi subsidi untuk mereka yang berkuatkuasa 1 Jun lepas dengan
meningkatkan jumlah tangkapan ikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi negeri Sabry Ahmad berkata ini berikutan kerajaan memberi insentif sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan kepada nelayan laut
dalam atau bot zon C.

“Jangan jadikan penambahan harga diesel daripada RM1.25 kepada RM1.80 mulai 1 Jun lepas sebagai alasan untuk memprotes tidak ke laut untuk menangkap ikan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau proses penjualan minyak diesel bot zon C2 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis, dekat sini hari ini.

Sabry berkata antara 100 hingga 300 tan metrik ikan didaratkan di kompleks pendaratan itu setiap hari dan pada masa ini harga ikan di negeri ini masih terkawal.

Baru- baru ini nelayan laut dalam di Perlis, Johor dan Pahang membuat bantahan terhadap rasionalisasi subsidi itu yang mengakibatkan kenaikan kos operasi menangkap ikan di zon C dan meminta kerajaan mengkaji semula perubahan
harga baru itu.

– Bernama