Penduduk bimbang hakisan tanah di Felda Taib Andak

Penduduk bimbang hakisan tanah di Felda Taib Andak

Beberapa penduduk di tanah rancangan A Felda Taib Andak Kulai bimbang dengan hakisan tanah berlaku di persekitaran rumah mereka sejak beberapa tahun lalu dilihat semakin serius.

Beberapa penduduk di tanah rancangan A Felda Taib Andak Kulai bimbang dengan hakisan tanah berlaku di persekitaran rumah mereka sejak beberapa tahun lalu dilihat semakin serius.

Salah seorang penduduk, Taksiah Ahmad, 76, berkata masalah berkenaan telah berlarutan lebih lima tahun lalu dan kini masalah berkenaan telah menyebabkan gaung yang besar dan dalam di belakang rumahnya.

“Sebelum ini ada paya kecil di kawasan ini tetapi masalah hakisan yang berlaku menyebabkan paya berkenaan menjadi gaung yang semakin lama semakin besar.

“Hakisan menjadi semakin teruk terutamanya apabila tiba musim hujan kerana kedudukan gaung ini yang agak landai menyebabkan air mengalir terus ke kawasan ini,” katanya.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Katanya, keadaan itu menyebabkan kebimbangan kepada penduduk setempat yang khuatir masalah hakisan yang berlaku akan menjejaskan kediaman masing-masing yang terletak tidak jauh dari kawasan itu.

“Terdapat sekurang-kurangnya lima buah kediaman yang terletak berhampiran kawasan gaung ini dan kami bimbang keadaan ini boleh menyebabkan hakisan di kawasan kediaman pada bila-bila masa.

“Malah kami juga bimbang mengenai keselamatan anak-anak yang masih kecil yang mungkin terjatuh ke dalam gaung tanpa disedari,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan serius berhubung masalah yang dihadapi agar tidak memudaratkan keselamatan dan keselesaan penduduk.

“Masalah ini pernah disuarakan beberapa kali oleh penduduk dalam beberapa mesyuarat namun masih tiada sebarang tindakan diambil.

See also  IJM Land unveils Sutera, a tranquil oasis at Seremban 2

“Kami amat berharap perkara ini mendapat tindakan sewajarnya dari pihak berwajib agar masalah hakisan yang berlaku dapat dikawal dan tidak memudaratkan penduduk,” katanya.

Rujuk pada kerajaan

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kampung Felda Taib Andak, Mohd Hanafiah Hussain berkata, masalah berkenaan telah dirujuk kepada pihak kerajaan dan kerja-kerja membaikpulih bakal dilaksanakan.

“Kita sedia maklum mengenai perkara ini dan ia telah dirujuk kepada pihak kerajaan manakala kerja-kerja baikpulih akan dijalankan bersama beberapa lagi projek kampung (Felda Taib Andak) yang lain,” katanya.