Laman Facebook kementerian pelancongan tahap kanak-kanak

Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen membidas DAP kerana mempersenda bahawa kanak-kanak berumur enam tahun pun boleh membangunkan muka surat Facebook untuk mempromosi pelancongan Malaysia.

“Saya ketawa dan berasa sangat sedih terhadap DAP. Mereka menggunakan platform DAP untuk membandingkan rangkaian sosial kita yang dibina secara profesional dan tersiar secara global,” katanya kepada pemberita di sini hari
ini.

Beliau berkata seseorang telah memutarbelit bahawa kanak-kanak berumur enam tahun boleh berbuat begitu dan menyifatkan DAP sebagai mahu menyeleweng fakta kerana tidak memahami rangkaian sosial profesional dan digital komersial.

Dr NgĀ  diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta untuk menyiapakan muka surat Facebook selepas mengumumkan penyanyi tempatan Fish Leong dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia ke China, Hong Kong dan Taiwan.

– Bernama