Vaitheeswary, pelajar SPM tidak diberi kad pengenalan

Vaitheeswaary Kalai Selvam yang merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Mutiara Rini Dua, Skudai, Johor Bahru, mungkin tidak dapat memenuhi impiannya untuk menduduki peperiksaan  SPM tahun ini. Ini kerana pelajar ini tidak memiliki kad pangenalan.

Bapanya Kalai Selvam merupakan seorang warga Malaysia manakala ibunya merupakan seorang warga Singapura. Mereka berkahwin secara adat perkahwinan Hindu tetapi gagal mendaftarkan perkahwinan mereka. Walaupun bagaimanapun mereka mendaftarkan perkahwinan mereka selepas kelahiran Vaitheeswaary.

Bapa Vaitheeswary, Kalai Selvam, hanya menyedari masalah anaknya ketika permohanan kad pengenalan anaknya ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Johor Bahru walaupun sebelum ini anaknya memiliki surat kelahiran sah daripada Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

“Saya tidak sangka anak saya yang dilahirkan di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru dan mempunyai surat kelahiran yang sah tetapi tidak mempunyai kewarganegaraan,” kata Kalai Selvam, bapa Vaitheeswaary.
Keadaan menjadi keruh apabila ibu kandung Vaitheeswaary meninggal dunia. “Kami tidak tahu dengan siapa lagi akan kami mengadu,” ujar Kalai Selvam lagi.

Tanpa dokumen pengenalan diri dan status warga negara yang jelas, masa depan Vaitheeswary dalam gelap.