Tiket “online” untuk perjalanan feri di Labuan

Tiket “online” untuk perjalanan feri di Labuan

Perkhidmatan yang ditawarkan untuk pembelian atas talian adalah perjalanan harian dua hala; Labuan – Menumbok, Sabah dan Labuan – Brunei Darussalam.

Labuan mencipta sejarah dengan melancarkan tempahan tiket feri penumpang mereka secara atas talian mulai hari ini.

Reiji Services telah diberi kepercayaan oleh ISRO Shipping untuk mengendalikan sepenuhnya perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini merupakan yang pertama seumpama dilakukan oleh pengendali perkhidmatan feri di Labuan.

Menurut Pengerusi Eksekutif ISRO Group, Datuk Hj. Isli Hj. Siput, perkhidmatan ini untuk memudahkan para pengguna perkhidmatan feri penumpang merancang perjalanan mereka tiga (3) bulan lebih awal. Selain itu dengan online ini juga akan memberi faedah kepada pelancong ataupun kumpulan yang ingin menempah secara pukal.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk perjalanan harian dua hala; Labuan – Menumbok, Sabah dan Labuan – Brunei Darussalam.

Tempahan boleh di buat melalui reijionlinebooking.blogspot.com

Ridzuan