Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan di Pahang

Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan di Pahang

Dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal maut dalam dua kemalangan di Pahang semalam.

image by lockstockb

Dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal maut dalam dua kemalangan di Pahang semalam.

Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Najid Jusoh berkata dalam kejadian pertama, Fandi a/l Sol, 22, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan merempuh papan tanda jalan di Km152.5 Jalan Kuantan-Johor Baharu.

“Dalam kejadian 6.45 pagi itu, mangsa mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian pada pukul 8.20 malam tadi di Jalan Bukti Setongkol di sini, penunggang, S. Shanmuganadan, 32, dan pembonceng R. Nokesvaran, 21, maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta.

See also  Dangerous junction in Air Itam raises concerns

“Motosikal yang dinaiki mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

– Bernama