Travel ala ‘backpacker’ kembara@backpacker

Travel ala ‘backpacker’ kembara@backpacker

Backpacker (dari kata asal ‘backpack’ yang bermaksud beg galas) adalah ‘pelancong dengan beg galas’ telah menjadi gaya baru (tidak terlalu baru sebenarnya, tetapi masih belum meluas dan difahami sepenuhnya) oleh para pengembara seluruh dunia.

picture from getoutdoorgear.com

Bagi mereka yang ingin mencapai kekayaan dalam pengalaman dan pengetahuan tetapi melibatkan kos yang rendah, travel gaya ‘backpacker’ adalah saranannya.

Backpacker (dari kata asal ‘backpack’ yang bermaksud beg galas) adalah ‘pelancong dengan beg galas’ telah menjadi gaya baru (tidak terlalu baru sebenarnya, tetapi masih belum meluas dan difahami sepenuhnya) oleh para pengembara seluruh dunia.

Backpack menjadi identiti kepada para backpacker yang travel secara independen tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan, hanya melalui kajian sendiri menerusi buku atau sumber dari internet.

Perinsip utama dalam travel secara backpacker adalah mengutamakan kos yang seminimum mungkin disamping mempunyai semangat ‘survival’ yang tinggi dan berani.

Walaupun tiada jaminan keselesaan semasa travel, namun apa yang penting bagi backpacker adalah mendapatkan pengalaman yang sangat berharga dengan menyelami kehidupan lokal di tempat yang dituju. Berikut adalah tip-tip untuk travel secara backpacker:

1. Backpack

Mengembara sebagai backpacker menggunakan backpack, bukan beg yang ditarik atau beg yang dibimbit kerana backpacker akan lebih banyak berjalan kaki di sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju dan dengan backpack perjalanan akan menjadi lebih mudah dan lancar.

See also  Langkawi International Airport receives prestigious ACI Award

Terdapat pelbagai ukuran untuk backpack, kebiasaannya yang digunakan adalah 40 hingga 70 liter.

Ia bergantung kepada tempoh perjalanan, lagi panjang perjalanannya lagi besarlah kapasiti backpack yang perlu dibawa.

Ukuran backpack juga harus disesuaikan dengan saiz tubuh badan agar ia tidak mengganggu sistem postur badan pengguna. Cara menyusun backpack pula mempunyai seninya tersendiri.

Bagaimana harus mengatur semua barang-barang keperluan di dalam backpack dan meninggalkan sedikit ruang untuk menyimpan cenderamata-cenderamata kecil sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air.

Terdapat pelbagai jenama dengan reka bentuk masing-masing, terpulang kepada pilahan kita. Berghaus, Karrimor, Lowe Alpine, Marmot, Mammut, Deuter, Jack Wolfskin, The North Face antara nama-nama besar dalam pengeluar backpack.

2. Penginapan

Lupakan hotel 3 bintang, 4 bintang mahupun 5 bintang. Para backpacker harus rela menukar kemewahan dan keselesaan menginap di hotel-hotel tersebut dengan menginap di hotel-hotel bajet, rumah tumpangan ataupun
hostel.

Sebagai seorang backpacker, tujuan pengembaraan yang sebenar adalah untuk menyelami kehidupan setempat atau lokal di tempat-tempat yang dituju.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations
Picture from en.wikipedia.org

Tempat menginap hanyalah tempat untuk menyimpan barang dan tidur. Malah di rumah-rumah tumpangan anda akan dapat berkenalan dengan backpacker-backpacker dari negara-negara lain.

Dan jika anda bertuah, selain saling bertukar pengalaman, anda mungkin juga dijemput untuk mengembara bersama mereka.

Satu lagi cara yang dianggap paling bijak adalah dengan menggunakan kemudahan organisasi ‘hospitality exchange’ kerana jika anda bertuah, anda akan mendapat penginapan percuma disamping kenalan baru di tempat yang anda tuju.

Organisasi ‘hospitality exchange’ adalah komuniti backpacker dari seluruh dunia yang saling berinteraksi melalui jaringan internet untuk bertukar-tukar pendapat di samping bersedia untuk membantu rakan-rakan backpacker yang berkunjung ke negera mereka seperti menyediakan kemudahan tempat tinggal.

Hal ini akan berterusan jika kita berkunjung ke tempat mereka pula maka sebab itu ia digelar ‘hospitality exchange’. Caranya mudah, hanya dengan menyertai organisasi-organisasi ‘hospitality exchange’ ini dan mula mencari rakan di negara-negara pilihan anda.

Antara organisasi ‘hospitality exchange’ yang cukup dikenali di kalangan backpacker seluruh dunia adalah www.hospitalityclub.org dan www.couchsurfing.org.