Falsafah “7P” Raja Nong Chik

Falsafah “7P” Raja Nong Chik

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik telah mengutarakan tujuh falsafah pengurusan yang telah beliau amalkan sepanjang karier politik beliau.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,  Dato’ Raja Nong Chik telah mengutarakan tujuh falsafah pengurusan yang telah beliau amalkan sepanjang karier politik beliau.

Tujuh falsafah ini telah diterapkan oleh beliau dalam urusan pentadbiran di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, ujar beliau pada perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Labuan kelmarin.

Falsafah “7P”  yang telah beliau terapkan dalam urusan pentadbiran adalah seperti berikut;

(1) Pembangunan lebih teratur dan sistematik bagi mencapai kemajuan yang benar-benar dapat dirasai setiap lapisan masyarakat, termasuk pelabur asing;
(2) Perumahan bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah;
(3) Penjaja dan peniaga kecil diberi ruang seluas-luasnya untuk meningkatkan pendapatan serta membantu golongan wanita dan generasi muda menjalankan perniagaan berlesen;
(4) Pengangkutan yang menjadi pemangkin dalam mengurus kemudahan awam di bandar yang kini semakin mencabar;
(5) Penyelenggaraan prasarana dan kemudahan awam untuk rakyat turut diberi perhatian utama;
(6) Perkhidmatan dan penguatkuasaan yang menekankan perkhidmatan mesra rakyat terutama dari segi penguatkuasaan, dan
(7) Prihatin dalam soal kebajikan dan masalah penduduk, termasuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial selain menghayati masalah dihadapi warga wilayah persekutuan.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Beliau menyarankan semua pihak sama ada dalam parti dan agensi kerajaan mampu melaksanakan 7P ini dalam urusan pentadbiran.

Selain itu, Raja Nong Chik juga menyentuh mengenai pembangunan projek di Pulau Daat, di mana pegawai-pegawai Pemandu datang ke Labuan minggu ini untuk menilai perkembangan projek ini secara terperinci.

Pembangunan Pulau Daat sebagai terminal simpanan minyak merupakan salah satu projek minyak dan gas di dalam senarai projek EPP Negara dan selepas pelaksanaannya  Labuan akan menjadi hub minyak dan gas untuk rantau ini.

Satu perbincangan juga telah di adakan bersama pengusaha, kerajaan dan sub-sub kontraktor yang terlibat dalam industri minyak dan gas ini untuk mengutamakan warga tempatan Labuan apabila peluang pekerjaan dibuka kelak.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Selain itu daripada projek Pulau Daat, sebuah hub halal juga akan dibangunkan yang bakal menjadikan Labuan sebagai pusat pengedaran bahan-bahan halal utama di rantau ini.

Kesemua projek ini telah pun bermula dan dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk di siapkan sepenuhnya.

Raja Nong Chik telah menyatakan bahawa desas-desus beliau akan bertanding di Labuan dalam pilihanraya akan datang adalah tidak benar. Beliau telah membuat deklarasi terbuka dengan menyatakan bahawa beliau akan menjadikan Lembah Pantai sebagai  tempat pertaruhan beliau kerana disitulah era politik beliau bermula dan itulah kehendak penyokong.

“Walaupun Labuan sebuah kawasan yang indah, permai, berpotensi tinggi dan saya selalu datang kesini tidak bermakna saya memilih Labuan sebagai pertaruhan pada pilihanraya akan datang. Akan tetapi pemilihan calon bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti jadi kita harus akur kepada segala keputusan”, tambah beliau.

 

 

 

Ridzuan