Perak bakal mewartakan lima Zon Larangan Merokok 15 Jun ini

Perak bakal mewartakan lima Zon Larangan Merokok 15 Jun ini

Perak mungkin menjadi negeri kedua selepas Melaka yang mewartakan lima Zon Larangan Merokok membabitkan kawasan seluas 338 hektar di negeri itu berkuatkuasa 15 Jun ini.

Perak mungkin menjadi negeri kedua selepas Melaka yang mewartakan lima Zon Larangan Merokok membabitkan kawasan seluas 338 hektar di negeri itu berkuatkuasa 15 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri bercadang memperkenalkan zon larangan itu sebagai tambahan kepada 24 tempat larangan merokok yang sedia ada.

“Kajian akan dibuat bagi mengenal pasti kawasan yang difikirkan sesuai untuk mewujudkan zon larangan merokok,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Melaka menjadi negeri pertama memperkenalkan Zon Larangan Merokok di lima kawasan awam di negeri itu termasuk tempat tumpuan pelancong seperti sekitar kota peninggalalan penjajahan Portugis, A’Farmosa dan pesisiran Sungai Melaka.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

– Bernama