Semua sekolah di Terengganu akan melaksana sekolah satu sesi

Semua sekolah di Terengganu akan melaksana sekolah satu sesi

Terengganu dijangka melaksanakan sekolah satu sesi mulai tahun depan setelah beberapa sekolah baru siap dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Terengganu dijangka melaksanakan sekolah satu sesi mulai tahun depan setelah beberapa sekolah baru siap dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Exco Pelajaran Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kini terdapat kira-kira 10 peratus sekolah di negeri itu masih mengadakan sistem persekolahan dua sesi.

“Antara sekolah yang akan siap ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, SMK Seri Tembesu, SMK Merang, Sekolah Menengah Sukan Negeri Terengganu dan bangunan tambahan SMK Ibrahim Fikri di Seberang Takir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Buku Negeri Terengganu 2011 anjuran kerajaan negeri dan Perpustakaan Negeri Terengganu semalam.

Ahmad Razif berkata sekolah itu dibina bagi menyelesaikan masalah sekolah dua sesi selaras dengan konsep Kementerian Pelajaran sekarang yang ingin menjadikan setiap sekolah sebagai sekolah satu sesi.

See also  HWUM earns recognition for graduate employability

Katanya setiap sekolah yang bakal disiapkan siap kelak mampu menempatkan kira-kira 1,200 pelajar.

Sementara itu, katanya sebanyak 37 buah sekolah termasuk dua buah sekolah menengah di negeri itu akan memulakan kelas maya tahun depan.

Katanya, kerja-kerja mengubahsuai dan menambah peralatan di kelas-kelas berkenaan sedang berjalan sekarang yang melibatkan RM22,000 setiap sebuah kelas maya.

“Mulai tahun depan kita akan masukkan bajet untuk wujudkan 32 kelas maya untuk darjah lima dan enam setiap tahun,” katanya.

– Bernama