System biometrik mula diguna di semua pintu masuk ke Sabah

System biometrik mula diguna di semua pintu masuk ke Sabah

Jabatan Imigresen Sabah telah melaksanakan penggunaan sistem biometrik terhadap warga asing di semua pintu masuk laut, udara dan darat di negeri itu.

Jabatan Imigresen Sabah telah melaksanakan penggunaan sistem biometrik terhadap warga asing di semua pintu masuk laut, udara dan darat di negeri itu.

Pengarahnya Mohammad Mentek berkata sistem itu siap dipasang di semua pintu masuk pada April lepas dan kemudian ujian penggunaan dilakukan sepanjang Mei lepas.

“Sistem itu kini digunakan sepenuhnya bermula bulan ini dan sehingga hari ini, penggunaan sistem yang mengimbas cap jari itu berjalan lancar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohammad berkata penggunaan sistem biometrik mampu mencegah jenayah rentas sempadan terutama di Sabah dalam menangani masalah pendatang asing tanpa izin.

Menerusi sistem itu, maklumat warga asing yang masuk ke negara ini dapat dipantau termasuk jika mereka tinggal lebih masa, penggunaan pasport palsu dan lokasi mereka masuk serta keluar.

See also  Silentmode and Titan Cloud partner to optimize fuel retail operations

– Bernama