Warga Nigeria cuba menyeludup masuk syabu bernilai RM2.4 juta

Warga Nigeria cuba menyeludup masuk syabu bernilai RM2.4 juta

Tiga lelaki warga Nigeria yang cuba menyeludup 9.6 kg dadah jenis syabu bernilai RM2.4 juta ke negara ini diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang awal bulan ini, kata Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah.

Tiga lelaki warga Nigeria yang cuba menyeludup 9.6 kg dadah jenis syabu bernilai RM2.4 juta ke negara ini diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang awal bulan ini, kata Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah.

Ketiga-tiga mereka yang berumur antara 25 hingga 37 tahun itu diberkas pada 3, 5 dan 6 Jun sebaik tiba di KLIA dari Doha, Qatar, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata suspek pertama ditahan pada 3 Jun setelah 3.7 kg syabu ditemui dalam 18 bungkusan makanan ringan yang disimpan di dalam begnya, manakala tangkapan kedua dibuat pada 5 Jun apabila 19 bungkusan makanan ringanberisi dadah yang sama seberat 3.9 kg ditemui di dalam beg suspek.

Dalam tangkapan pada pukul 3.45 petang semalam pula, suspek ketiga ditahan selepas polis menemui 14 daripada 27 kotak sabun yang dibawanya diisi dengansyabu seberat dua kilogram.

Tun Hisan berkata modus operandi sedemikian pernah digunakan oleh keldai dadah warga negara Iran pada tahun 2009 dan 2010.

Ketiga-tiga lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan dihukum mati mandatori.

Dalam sidang media yang sama, Tun Hisan berkata polis menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan polis pada pukul 12.15 tengah malam tadi di Lorong Batu Unjur Taman Bayu Perdana, Klang.

Suspek yang bekerja sebagai pengutip hutang ceti haram ditahan setelah polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan penyamarannya dan meminta sejumlah wang daripada waris-waris tahanan polis bagi tujuan menyelesaikan kes, katanya.

“Wang-wang yang dibayar kononnya bagi menyelesaikan kes tahanan itu diarahkan supaya didepositkan ke dalam akaun tertentu,” katanya.

Anggaran jumlah kerugian yang dialami mangsa-mangsa ialah RM28,500 yang melibatkan lima kes di Selangor, iaitu dua di Sepang dan masing-masing satu di Rawang, Kuala Kubu Baru dan Klang, kata Tun Hisan.

Semasa serbuan awal pagi tadi, polis merampas tujuh buah telefon bimbit dansatu kad bank CIMB, katanya.

Beliau berkata polis mengesyaki suspek mempunyai sumber dalaman atau luaran memandangkan suspek mengetahui dengan terperinci maklumat mengenai orang kena tuduh (OKT) yang melakukan kesalahan dadah, jenayah dan peras ugut, termasuk maklumat ahli keluarga OKT.

Tun Hisan turut menasihati ahli-ahli keluarga OKT untuk merujuk kepada pihak polis jika menerima panggilan telefon sedemikian kerana pihak polis tidak akan meminta wang dari ahli keluarga OKT untuk kes diselesaikan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 384 dan 420 Kanun Keseksaan.

– Bernama