Syarikat, persatuan dipelawa jadi wakil pendaftar pekerja asing

Syarikat, persatuan dipelawa jadi wakil pendaftar pekerja asing

Syarikat, persatuan dan pertubuhan yang berminat dipelawa untuk menjadi wakil menguruskan proses pendaftaran pekerja asing dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing Tanpa Izin yang akan dilaksanakan kelak.

Syarikat, persatuan dan pertubuhan yang berminat dipelawa untuk menjadi wakil menguruskan proses pendaftaran pekerja asing dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing Tanpa Izin yang akan dilaksanakan kelak.

Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zaitun Ab. Samad berkata bagi syarikat yang berminat, kriteria yang diperlukan ialah mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan
pekerja asing.

“Bagi persatuan dan pertubuhan pula, selain berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, tawaran hanya dihadkan kepada persatuan atau pertubuhan yang melibatkan majikan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zaitun berkata selain memenuhi kriteria yang ditetapkan, proses pemilihan akan dikendalikan jawatankuasa khas yang diwakili oleh pelbagai kementerian dan agensi berkaitan untuk membuat tapisan secara ketat.

Beliau berkata penilaian yang konsisten dengan syarat serta keperluan akan dijalankan secara adil dan telus termasuk pemilihan mengambil kira rekod syarikat, persatuan atau pertubuhan yang merujuk kepada data daripada pelbagai
agensi berkaitan.

Untuk keterangan lanjut dan borang permohonan boleh didapati melalui laman web KDN, www.moha.gov.my sebelum tarikh tutup permohonan pada Jumaat ini.

Menurut beliau kerajaan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (JKKPA-PATI) telah memutuskan untuk melaksanakan program itu bagi memantapkan pengurusan warga asing di negara ini.

– Bernama