Perkara merunsingkan kita adalah bajet! Kembara@backpacker

Perkara merunsingkan kita adalah bajet! Kembara@backpacker

Sering kita berfikir bahawa untuk travel, perlukan wang yang banyak. Hal ini kemudiannya membuatkan kita menangguhkan niat untuk travel dan akhirnya niat itu dilupakan sahaja.

Bajet

Perkara pertama yang sering membataskan kita untuk travel atau melancong adalah dari segi kos atau bajet. Perkara ini membebankan, membuatkan kita berasa sering susah hati.

Sering kita berfikir bahawa untuk travel, perlukan wang yang banyak. Hal ini kemudiannya membuatkan kita menangguhkan niat untuk travel dan akhirnya niat itu dilupakan sahaja.

Pengembara terkenal yang kisahnya dibuku dan difilemkan, mendiang Christpher McCandless telah mengembara bermula dari kampung halamannya, Virginia, Amerika Syarikat dan berakhir di Alaska tanpa membawa satu sen pun.

Hampir keseluruhan perjalanannya adalah dengan cara berjalan kaki dan menumpang kenderaan orang lain (hitch-hike). Malah beliau hanya bermalam di dalam khemah di kebanyakan tempat persinggahannya.

Pengembaraan penuh cabaran tersebut akhirnya menjadikan perjalanannya begitu bermakna dan ia telah memberi inspirasi kepada seluruh dunia.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Kisah McCandless telah memberi kita pilihan dalam melaksanakan pengembaraan. Kalau sudah tahu tiada bajet, buat apa mengharapkan percutian atau pengembaraan yang akan memberikan keselesaan.

Dalami semula tujuan untuk mengembara, mahu keselesaan atau mahu pengalaman berharga berkunjung di tempat orang.

Travel ala backpacker contohnya, mementingkan bajet yang rendah dalam pengembaraan. Lagi rendah bajet yang dikeluarkan, perjalanan menjadi lebih bermakna buat backpacker.

Malah dengan perancangan yang baik, lebih banyak tempat yang backpacker akan jejak tanpa mengeluarkan ribuan ringgit.

Merancang sendiri boleh mengurangkan kos perjalanan. Tak perlu mengambil khidmat agensi-agensi pelancongan, semuanya kini boleh dibuat sendiri dengan adanya bantuan maklumat dari internet dan buku-buku panduan untuk travel.

Bukan maksud saya untuk melarang anda dari menggunakan khidmat agensi pelancongan, cuma kita berhak membuat pilihan. Orang yang bijak pasti akan membuat pilihan yang bijak.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Tanpa langkah pertama, tak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula. Dalam merangka sesebuah perjalanan, tak perlu mensasarkan tempat-tempat yang jauh dahulu seperti ke luar negara untuk memulakan langkah.

Negara kita sendiri mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Jika warga asing berpusu-pusu datang untuk melihat negara kita, kenapa pula kita tidak mahu menghargai apa yang kita ada.

Cabaran

Dalam dunia traveling pasti ada cabaran. Kenapa perlu takut pada cabaran? Cabaran itulah yang sebenarnya menambahkan lagi nikmat dalam perjalanan kita.

Rakan saya dari Indonesia yang juga penulis buka tentang traveling, Ariyanto berkata, perjalanan menuju tempat baru yang tidak pernah kita kenal sebelum ini ibarat diberi sekotak coklat dan diminta untuk merasainya.

*Siri ketiga bersambung esok