Bajet RM60,000 diperuntukan jayakan projek pemilihan ketua kampung

Bajet RM60,000 diperuntukan jayakan projek pemilihan ketua kampung

Kerajaan Selangor akan melaksanakan projek perintis pemilihan pengerusi JKKK kampung baru tersusun melibatkan tiga buah kampung di negeri ini.

Kerajaan Selangor akan melaksanakan projek perintis pemilihan pengerusi JKKK kampung baru tersusun melibatkan tiga buah kampung di negeri ini.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Exco pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram, Ean Yong Hian Wah berkata bajet sebanyak RM60,000 telah diperuntukkan bagi menjayakan projek perintis ini.

Menurutnya, pemilihan ini akan diadakan di kampung baru Sungai Jarum, Kuala Langat di mana tarikh penamaan calon pada 24 Julai manakala tarikh pilihanraya 31 Julai ini.

“Bagi Bagan Pulau Ketam, Klang, tarikh penamaan calon pada 31 Julai manakala tarikh pilihanraya pada 7 Ogos.

” Sementara itu, kampung Pandamaran, Klang, tarikh penamaan calon pada 7 Ogos manakala tarikh pilihanraya 14 Ogos,” katanya kepada pemberita di bangunan SUK Shah Alam, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Ean yang juga ADUN Seri Kembangan berkata, kriteria penting bagi calon bertanding tidak boleh mewakili sesuatu parti dan hendaklah bertanding atas nama calon sendiri.

Menurutnya, kerajaan negeri mahu mengembalikan hak pada penduduk untuk memilih ketua kampung mengurus tadbir hal dalam kampung tersebut.

Ditanya mengapa kampung Cina dipilih sebagai projek perintis bukannya kampung Melayu, menurutnya ia kerana kawasan itu berada dibawah portfolionya manakala ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari menjaga portfolio kampung Melayu.

“Selain itu, ia turut mendapat sokongan daripada wakil rakyat di ketiga kampung berkenaan, atas sebab itu kita pilih ketiga-tiga kampung ini.

“Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk memperluaskan pada masa hadapan sekiranya projek perintis mendapat sambutan menggalakan daripada penduduk kampung,” katanya.