Permintaan untuk sekolah baru masih tidak terjawab

SUNGAI BAKAP – Para pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap, Pulau Pinang masih mengharapkan sekurang-kurangnya sebuah kantin dibina di sekolah mereka.

 

Para pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap, Pulau Pinang masih mengharapkan sekurang-kurangnya sebuah kantin dibina di sekolah mereka.

260614SKJTSgBakap

Begitulah situasi yang di alami oleh pelajar sekolah Tamil itu selain tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti tapak perhimpunan, pejabat dan bilik guru yang kondusif, bilik darjah yang luas dan padang yang sesuai.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini masalah anai-anai menyebabkan bumbung sekolah hampir runtuh dan situasi sebegini amat membimbangkan seluruh warga sekolah dan ibu-bapa.

Sekolah ini juga dikelilingi kawasan semak samun yang menjadi sarang penagih dadah dan kecurian barang-barang milik sekolah sering berlaku. Kenderaan berat juga sering menggunakan laluan sekolah dan ini mengancam keselamatan pelajar.

sjkt sg bakap

Secara keseluruhan, tapak SJK(T) Sungai Bakap yang seluas 0.5 ekar ini tidak sesuai untuk pendidikan dan pembangunan murid-murid, apatah lagi keadaan sekeliling yang akan memudaratkan lagi masa depan pelajar.

See also  World-class cybersecurity centre opens in Kuala Lumpur

Walaubagaimanapun, masalah utama adalah pihak sekolah telah diminta untuk berpindah ke tapak lain oleh pemilik tanah berkenaan, Kee Toh Euah.

Institusi pengajian ini telah beroperasi selama 78 tahun di atas tapak kepunyaan Kee, sebagai sekolah bantuan modal dengan kemudahan-kemudahan yang tidak menepati piawai Kementerian Pelajaran Malaysia.

260614SKJTSgBakap2

 

260614SJKTSgBakap3

Baru-baru ini satu sidang media telah diadakan buat kali kedua oleh Jawatankuasa PIBG dan LPS SJK(T) Sungai Bakap pada 24hb Mei 2014, untuk memberi informasi terbaru mengenai usaha sekolah dalam mendapatkan tanah dan sekolah baru dari kerajaan negeri dan persekutuan.

Permintaan pihak PIBG dan LPS SJK (T) Sg Bakap adalah sama seperti yang dikemukakan pada bulan Ogos 2012 iaitu mengharapkan bahawa tanah alternatif milik kerajaan persekutuan yang dikenalpasti di kawasan Sungai Bakap diperuntukkan kepada sekolah mereka, agar bangunan baru dengan kemudahan-kemudahan asas mampu menjana modal insan yang cemerlang pada masa depan.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

Pihak berkenaan juga meminta agar satu rombongan khas dari Kementerian Pelajaran Malaysia melawat sekolah mereka dalam masa yang terdekat untuk melihat sendiri keadaan sekolah dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Related story: SJK (T) Sungai Bakap memerlukan tanah dan bangunan baru. 

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Sathis Kumar