Anggota polis terkorban ketika kejar penjenayah

BAGAN SERAI – Ketua Polis Negara serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga L/Kpl Mohd Azuan Abdullah yang telah terkorban selepas mengalami kecederaan parah dirempuh kereta suspek yang terlibat dalam kejadian samun.

270514PolisTerkorban

Ketua Polis Negara serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga L/Kpl Mohd Azuan Abdullah, 25 tahun dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Kerian yang telah terkorban selepas mengalami kecederaan parah dirempuh kereta suspek yang terlibat dalam kejadian samun, pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi, pasukan URB yang dianggotai oleh beliau berjaya mengesan suspek yang menaiki Toyota Wish dan Honda Civic yang terlibat dalam rompakan terhadap sebuah van yang membawa muatan rokok di Alor Pongsu, Bagan Serai.

Dalam insiden yang berlaku di kawasan Batu 10 menghala ke Alor Pongsu, beliau dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh suspek yang memandu kereta Honda Civic.

See also  Epson Malaysia strikes for inclusion with bowling event

Orang ramai yang melihat kejadian dan mempunyai maklumat diminta menyalurkan maklumat tersebut kepada IPD Kerian di talian 05-7215222.

270514PolisTerkorban2

Jenazah Azuan akan dibawa pulang ke kampung halaman beliau di Air Bemban, Kulai, Johor untuk dikebumikan.

Beliau yang masih bujang dijadualkan melangsungkan perkahwinannya pada 1 Jun ini.

PDRM hari ini kehilangan seorang anggota yang sangat berani dan komited dalam menjalankan tugas.

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

See also  Team Ayaq Kisaq: From side hustle to franchise dreams

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Kevin George