Lagi pesta kerajaan untuk pikat hati belia

Lagi pesta kerajaan untuk pikat hati belia

Menurut menteri, kerajaan sentiasa menggalakkan penganjuran aktiviti dan program untuk golongan belia oleh badan bukan kerajaan atau sektor swasta bagi menyediakan platfom maklum balas serta menjana nilai positif.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Raja Zainal Abidin berkata belia, yang kini berada dalam era mencabar dengan perkembangan pesat teknologi serta arus globalisasi, memerlukan pendekatan dan strategi yang boleh mendorong mereka mencapai potensi masing-masing.

“Belia merupakan aset negara yang paling bernilai. Mereka merupakan pelapis yang bakal mengemudi negara suatu hari nanti.

“Justeru program seperti ini amatlah dialu-alukan, dan saya harap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh belia” katanya semasa berucap merasmikan Festival Youthnity 2011 hari ini.

See also  The Curve: Raya with nostalgic 'Kiriman Raya' theme

Beliau berkata penganjuran aktiviti untuk belia juga mampu menyatupadukan golongan itu menerusi minat yang pelbagai, selaras dengan hasrat murni Perdana Menteri Najib Abdul Razak menerusi gagasan 1Malaysia.

– Bernama