Konsert MTV di i-City akan tetap berlangsung

Konsert MTV di i-City akan tetap berlangsung

Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berkata tiada sebarang masalah berhubung penganjuran Konsert MTV World Stage di i-City di sini pada 24 Julai kerana kelulusan mengenainya telah dibuatsejak awal tahun lepas.

Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berkata tiada sebarang masalah berhubung penganjuran Konsert MTV World Stage di i-City di sini pada 24 Julai kerana kelulusan mengenainya telah dibuatsejak awal tahun lepas.

Beliau berkata konsert itu akan diadakan di ruang yang memang dikhaskan untuk aktiviti antarabangsa dalam usaha untuk mempromosikan Shah Alam di pentas dunia.

“Pihak penganjur dan i-City sendiri memberikan jaminan konsert itu akan diadakan dalam suasana terkawal tanpa alkohol, dadah dan rokok selain pemakaian artis yang beradab,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata konsert itu juga tidak akan berlangsung lebih dari pukul 12 tengah malam selain menggunakan sistem bunyi yang tidak mengganggu kawasan perumahan berhampiran.

See also  Lingling set to capture hearts in K-Pop's I-LAND 2

Beliau berkata Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menggalakkan supaya belia di negeri itu terbabit dalam aktiviti yang mempunyai adab serta tertib dan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.

Pada 27 Mei lepas, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dilaporkan membantah penganjuran konsert itu kerana mendakwa kawasan i-City tidak sesuai diadakan sebarang aktiviti hiburan.

Ahad lepas, Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata keputusan untuk membantah penganjuran konsert itu dibuat sebulat suara dalam satu mesyuarat yang disertai kepimpinan PAS Selangor.

– Bernama