Ibubapa diminta peka dan prihatin terhadap anak-anak, kata Nilwan

KOTA KINABALU – Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah Datuk Nilwan Kabang menegaskan ibubapa memainkan peranan yang paling penting dalam mendidik anak-anak ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga sempena Hari Bapa di perkarangan bangunan KWSP, kelmarin.

100614GarySuppi

Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah Datuk Nilwan Kabang menegaskan ibubapa memainkan peranan yang paling penting dalam mendidik anak-anak ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga sempena Hari Bapa di perkarangan bangunan KWSP, kelmarin.

Masyarakat masakini sering berdepan pelbagai cabaran dalam membentuk keluarga yang aman dan harmoni.

Menyedari hakikat ini, Nilwan berkata ibubapa sebagai pembimbing dan pendidik utama keluarga haruslah sentiasa peka dan prihatin terhadap pembentukkan anak-anak.

Nilwan berkata, “Perubahan budaya hidup yang pesat dan pengaruh media massa serta persekitaran luaran, sedikit sebanyak, memberi kesan yang negatif terhadap pembangunan keluarga.

“Oleh itu, di sini saya ingin menekankan tentang pentingnya kita mengkaji peranan institusi keluarga yang akan membawa negara ini kepada satu tahap kemajuan yang mencabar,” ditambahnya.

Dia berkata, sekiranya masyarakat mengamati pengalaman negara-negara membangun atau negara maju, proses transformasi struktur ekonomi sering diiringi dengan perwujudan ciri-ciri individualisma yang kurang sihat.

Antaranya seperti sikap egoistik, mementingkan diri sendiri, membelakangkan keluarga dan masyarakat, dan sifat tidak peka kepada keadaan sekeliling, katanya lagi.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

“Dengan ini institusi perkahwinan dan keluarga juga runtuh dan didikan awalan tidak lagi dapat diadakan bagi kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, bersempena dengan Hari Keluarga dan Hari Bapa itu, beliau berharap agar setiap ibu bapa mengambil berat pembangunan anak-anak mereka dari segi emosi, fizikal, rohaniah, mental dan sosial.

“Anak-anak juga sama, berbakti kepada ibubapa adalah satu kewajipan dan patut dilaksanakan sepanjang tahun, bukannya pada hari-hari tertentu sahaja.”

“Kita juga harus berbangga kerana pengiktirafan kepada keluarga ini jelas membuktikan bahawa di samping menikmati kemajuan ekonomi yang pesat, kita tidak lupa kepada aspek-aspek sosial, terutamanya nilai dan budaya hidup berkeluarga.”

“Sistem keluarga sebagai institusi dan asas masyarakat perlu dikekal dan diperkukuhkan kerana keluarga ialah penerima dan penyumbang kepada pembangunan negara,” katanya sambil menambah bahawa rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana berpeluang merayakan satu hari yang khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga.

Menurut Nilwan lagi, kekuatan dan keutuhan sesuatu keluarga juga dapat mempengaruhi dan menjamin kestabilan sesuatu masyarakat.

“Lantaran itu, segala perubahan dan perkembangan yang berlaku di peringkat keluarga sudah pasti akan memberi kesan di peringkat masyarakat dan negara.

See also  Penang's Wadda Gurdwara Sahib to shine again 

“Institusi keluarga adalah asas yang amat penting kepada pembentukan masyarakat sesebuah negara kerana ia berfungsi dan memainkan peranan utama untuk melahir dan mewujudkan generasi yang bakal menentukan nasib bangsa dan tanahairnya,” katanya.

Sesebuah keluarga, terutamanya ibu bapa, adalah pencorak kehidupan anak-anak sama ada akan menjadi manusia yang berguna atau sebaliknya, tambahnya.

Turut hadir sama Pengerusi Usia Emas RT Kg Likas Selatan, MY Ibrahim, Pengerusi KRT Kg Likas Selatan, Mariah Takim serta ahli jawatankuasanya.

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi