Enviro Bin: Usaha kreatif tangani isu sampah

Enviro Bin: Usaha kreatif tangani isu sampah

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan sebanyak 250 buah Enviro Bin akan diletakkan seluruh lokasi dalam usaha menjaga kebersihan setempat termasuk di Klang Utara dan Bandar Baru Klang.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan sebanyak 250 buah Enviro Bin akan diletakkan seluruh lokasi dalam usaha menjaga kebersihan setempat termasuk di Klang Utara dan Bandar Baru Klang.

Setiausahanya, Ikhsan Mukri berkata, kewujudan Enviro Bin itu adalah hasil usaha kreatif jabatan perkhidmatan persekitaran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk memastikan isu berkaitan sampah dapat ditangani secara serius.

Menurutnya, Enviro Bin bukan sahaja tahan lasak malah ia juga menjimatkan dan mudah digunakan terutama di kawasan-kawasan strategik.

“Enviro Bin adalah salah satu usaha bersepadu majlis dalam menangani isu sampah yang sering dikaitkan dengan bandar di raja ini.

“Malah masyarakat setempat juga memberi reaksi positif terhadap kewujudannya kerana walaupun agak ringkas namun ia mempunyai fungsi yang agak dinamik,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat bulanan yang diadakan di ibu pejabat MPK, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran, Wan Mohd Sofian Wan Husain berkata, kutipan sampah bagi tiga bulan pertama tahun ini sebanyak 272 tan sampah bagi 139 lokasi sehingga Mei  merangkumi sebanyak 72 program gotong royong diadakan di kawasan ini.

Menurutnya, selain daripada gotong royong, pihaknya juga memperhebatkan operasi kutu sampah terutama di kawasan pusat bandar di situ.

“Sebanyak 108 kompaun dikeluarkan antara Mac hingga Mei dan kebanyakan pesalah terdiri daripada warga asing.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa kerana ia juga salah satu medium untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan di kalangan orang ramai,” katanya.