Tunda, kunci roda kenderaan halang lalu lintas di Klang

Tunda, kunci roda kenderaan halang lalu lintas di Klang

Tegas dan tidak akan berkompromi! Itulah yang akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) terhadap mana-mana pesalah yang menghalang dan mengganggu lalu lintas sekitar kawasan itu dalam masa terdekat.

Setiausaha MPK, Ikhsan Mukri berkata majlis akan mengenakan kompaun ke atas mana-mana pemilik kenderaan di samping tindakan mengunci roda dan menunda kenderaan tidak lama lagi.

Menurutnya, bagi memudahkan orang ramai untuk membuat bayaran terus, majlis akan menyediakan kaunter bergerak di dalam kawasan atau zon yang dikenalpasti kelak.

“Sebanyak 979 kes belum didaftar di mahkamah dan jumlah ini agak tinggi walaupun pelbagai kempen telah kita adakan setakat ini.

“Malah bilangan kes dijangka bertambah berikutan ketiadaan kesedaran di kalangan orang ramai berkaitan tempat letak kereta khususnya di kawasan ini,” katanya.

Ikhsan berkata,majlis akan mengenakan kompaun itu jika pesalah dapat membayar pada hari yang sama dan jumlahnya akan bertambah selepas 14 hari ia dikeluarkan.

Menurutnya,majlis akan member tumpuan di beberap lokasi ‘panas’ dengan meletakkan penguatkuasa di situ dalam usaha memastikan kempen itu berjaya dilaksanakan.

“Individu yang dikenakan kompaun ini boleh juga merujuk pembayaran mereka ke Jabatan Undang-Undang yang terletak di Jalan Tengku Kelana atau menghubungi petugas di talian 03-33478452 untuk urusan pembayaran,” katanya.