Kementerian Pendidikan nafi laporan 80,000 guru Semenanjung ke Sarawak

Kementerian Pendidikan nafi laporan 80,000 guru Semenanjung ke Sarawak

Kementerian Pelajaran hari Isnin menafikan laporan kononnya ia akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke Sarawak tahun depan.

PETALING JAYA – Kementerian Pelajaran hari Isnin menafikan laporan kononnya ia akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke Sarawak tahun depan. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sehingga 11 Mei tahun ini, terdapat seramai 80,382 guru yang mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sabah dan Sarawak di mana 15,641 daripada jumlah itu terdiri daripada guru yang berasal dari Semenanjung.

“Sekiranya kita hendak menghantar 80,000 orang guru dari Semenanjung ke Sarawak, siapa pula yang akan mengajar di Semenanjung?” katanya ketika ditemui selepas melancarkan pertandingan mural PLUS antara sekolah-sekolah menengahperingkat kebangsaan 2011 di sini semalam.

Dr Mohd Puad berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kekhuatiran Parti Rakyat Sarawak (PRS) berhubung perkara itu kerana mendakwa ia akan mengorbankan potensi guru-guru Sarawak.

Pada 25 Mei lepas, Presiden PRS Datuk Dr James Jemut Masing dilaporkan berkata mereka bimbang kerana di kalangan kumpulan itu, sejumlah besar akanterdiri daripada guru agama yang didakwanya tidak dilihat sebagai ustaz atau ustazah tetapi sebagai kaunselor bagi “perkara yang saya tidak pasti”.

See also  HWUM earns recognition for graduate employability

Dr Mohd Puad berkata PRS perlu merujuk kepada Kementerian Pelajaran terlebihdahulu bagi mengesahkan laporan tersebut agar ia tidak menimbulkan sebarang respons negatif oleh pihak lain. Beliau berkata kementerian mempunyai dasar untuk memperbanyakkan bilanganguru yang berasal dari Sabah dan Sarawak untuk mengajar di negeri mereka sendiri.

“Sejak tahun lepas, memang kita cuba seimbang jumlah pengambilan guru dengandasar 30:30:40 iaitu 30 peratus guru masing-masing dari Sabah dan Sarawak, manakala 40 peratus lagi guru dari Semenanjung untuk masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Tetapi apa yang berlaku kadang-kadang kita berhadapan dengan mereka (guru dari Sabah dan Sarawak) yang tidak memenuhi syarat untuk jawatan guru seperti guru j-QAF, guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin menyebabkan kita terpaksa mengambil guru subjek tersebut dari Semenanjung,” katanya.

See also  LEGOLAND (R) School Challenge calls young Asian builders 

Dr Mohd Puad berkata kementerian juga mengadakan “walk-in interview” untuk guru-guru di pedalaman Sabah dan Sarawak sejak tahun lepas.

“Kita iklankan di radio, mereka datang bawa sijil dan kita akan terus temuduga, ini khas untuk guru-guru pedalaman di mana orang-orang di Semenanjung tidak dapat sertai walk in interview ini,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 50 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia terpilih untuk menyertai pertandingan mural anjuran PLUS Expressways yangbertemakan “Rakyat Malaysia Bersatu untuk Keselamatan Jalan Raya”. Pertandingan yang akan bermula esok sehingga 31 Julai itu menawarkan hadiahwang tunai sebanyak RM20,000 manakala naib johan RM15,000 dan tempat ketiga pulamenerima RM10,000.